4H3M BANGKOK + PATTAYA
TERMASUK | TIDAK TERMASUK |
|
|
JADUAL PERJALANAN
HARI 1
Kuala Lumpur - Bangkok - Pattaya
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.
Lawatan di Pattaya:
- Erawadee Herb & Health Shop: Kilang yang menghasilkan ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organik milik keluarga Diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.
- Melawat salah satu tarikan utama, Pattaya Floating Market yang diwujudkan sejak 2008 bukan sahaja untuk tetamu membeli cenderamata dan makanan daripada peniaga-peniaga di dalam sampan, malahan merasai pengalaman gaya hidup dan kebudayaan orang sungai Thai. Dengan bayaran tambaha, tetamu boleh merasai pengalaman menaiki sampan menyelusuri sungai dan kawasan perkampungan di sini.
- Masa bebas untuk bersiar-siar dan berfoto di pantai terkenal Pattaya Beach yang menjadi tumpuan pelancong beristirehat dan bermain aktiviti air. Bagi pengumpul barangan koleksi, boleh mengunjungi Hard Rock Café Pattaya yang terdapat di sini.
HARI 2
Pattaya - Bangkok
- Melawat Nong Nooch Village yang merupakan sebuah taman botanikal besar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan dan juga pelbagai tarikan unik seperti pertunjukan Elephant Show yang memaparkan aksi-aksi menarik gajah, sambil berfoto dengan dinosaur dan menonton persembahan Thai Classical Dance.
- Melihat cara pembuatan batu permata di Gems Factory.
- Pelajari khasiat dan cara penghasilan madu lebah secara tradisional di Honey Bee Farm & Gallery. Tetatmu juga boleh membeli madu disini untuk dibawa pulang.
- Bersolat di The Foundation of the Islamic Centre of Thailand yang merupakan masjid terbesar di sini berusia lebih 60 tahun
- Masa bebas untuk membeli belah barangan tempatan dan cenderamata di pasar malam terbuka One Ratachada Night Market yang menempatkan lebih 100 peniaga, selain menikmati persembahan live muzik dan berfoto di beberapa spot yang menarik di sini.
HARI 3
Bangkok
Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini.
HARI 4
Bangkok - Kuala Lumpur
- Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjang sungai ini dan anda boleh hop-on hop-off jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market, Wat Arun dan China Town.
- Masa bebas untuk membeli belah dan bersantai di Icon Siam Mall yang serba moden menempatkan 7,000 buah kedai dan juga floating marketnya yang tersendiri.
HOTEL PENGINAPAN | 3* Hotel | |
BANDAR | HOTEL/SETARAF | BIL.MALAM |
Pattaya Bangkok |
Eastern Grand Palace Madison Bangkok |
1 MLM 2 MLM |
JADUAL PENERBANGAN
HARI | PESAWAT | SEKTOR | ETD | ETD |
1 4 |
MH 784 MH 781 |
KUL - BKK BKK - KUL |
0900 1940 |
1015 2250 |
PERBEZAAN WAKTU |
GMT+7 |
Thai Baht THB100 |
= Ringgit Malaysia MYR14 |
Inquiry - 4H3M BANGKOK + PATTAYA