|

 2

Share:


Turkiye Klasik + Mt. Erciyes

Quantity: In Stock

HARGA PAKEJ TERMASUK
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • penginapan hotel 7 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar ( city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel , makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke lawatan : Underground City dan Ancient Hierapolis City.
  • Tiket kereta kabel Mt.Erclyes Ski Resort dan Pierre Loti Hill.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Tidak masuk ke Topkapi Palace  Museum dan lain-lain tiket masuk lawatan yang tidak dinyatakan.
  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program.
  • Harga lawatan tambahan (optional tour):
- Hot Air Balloon (Cappadocia: USD 300 seorang)
-Jeep Safari (Cappadocia :  USD100 seorang)
Turkish Night Show (Cappadocia:USD60 seorang)
  • Kos ujian antigen atau PCR COVID - 19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan , ;puncak dan cuti sekolah.
  • Servis dobi di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum , tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

HARI 1
Kuala Lumpur - Istanbul 
 Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Istanbul. Setiba di Istanbul akan terus ke Ankara. Lawatan di Ankara:
  • Ataturk Mausoleum Complex: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
  • Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus.
Bermalam di Ankar

HARI 2
Ankara - Mt Erciyes - Cappadocia 

Lawatan di Mt. Erciyes:
  •  Melawat Mt. Erciyes Ski Resort (termasuk tiket cable car) untuk masa bebas bermain salji atau cuba belajar cara bermain ski (sewa but ski dan peralatan bermain ski tidak termasuk dalam pakej).
​​​​​​​ Bermalam di Cappadocia.

HARI 3

Cappadocia
Lawatan di Cappadocia:
  • Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan unik.
  • Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12. 
  •  Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
  • Melawat kilang pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery & Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store.
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ Bermalam di Cappadocia.

HARI 4
Cappadocia - Konya - Pamukkale
Lawatan di Cappadocia:
  • Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh. 
  • Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi oara saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih  700 tahun.
Lawatan di Konya:
  • Mrviana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dalam upacara keagamaan Whirling Dervish dan jugak koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.
Bermalam di Pamukkale.

HARI 5

Pamukkale - Bursa 
Lawatan di Pamukkale:
  • Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
  • Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.
  • Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet.
​​​​​​​Bermalam di Bursa.

HARI 6
Bursa - Istanbul
  • Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
  • Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
  • Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412 oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan baginda menyatukan empayar Uthmaniyyah.
  • Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah dibina pada tahun 1421.
  • Membeli-belah makanan dan bahan masakan tradisi Turki di Turkish Delight & Oil Shop.
Lawatan di Istanbul:
  • Grand Camlica Mosque: Masjid terbesar di Turkiye yang siap dibina pada tahun 2019 boleh menempatkan sehingga 63,000 jemaah dalam satu masa.
  • Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh Sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.
Bermalam di Istanbul.

HARI 7
Istanbul
  • Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
  • Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula.
  • Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
  • Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.
HARI 8
Istanbul 
  • Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
  • Menaiki kereta kabel ke puncak Pierre Loti Hill (termasuk tiket) yang menawarkan pemandangan panorama indah teluk Golden Horn.
  •  Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
  • New Valide Sultan Mosque: Masjid Diraja yang dibina bersebelahan Spice Bazaar yang pada tahun 1660.
Bertolak ke Lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARI 9
Istanbul - Kuala Lumpur 

Tiba di lapangan KLIA
 

 Inquiry - Turkiye Klasik + Mt. Erciyes