- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
- Tiket penerbangan domestik Delhi - Srinagar kelas ekonomi
- Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
- Tiket masuk ke tempat lawatan: Taj Mahal dan Agra Fort
- Tiket menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola
- Pengangkutan sampan di Shikara Ride Dal Lake
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa di Delhi dan Agra
- Pengangkutan jeep/van untuk lawatan di Kashmir
- Kos pemprosesan visa(untuk warganegara Malaysia sahaja).
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Harga pakej tidak termasuk :
- Urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)
- Kos ujian antigen PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati
- Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Hari 1
Kuala Lumpur - Delhi
Berkumpul di KLIA/KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Delhi. Tiba di Delhi dan bermalam di Delhi.
Hari 2
Delhi - Srinagar
Bertolak ke Srinagar yang terletak di dalam daerah Kashmir dengan menaiki penerbangan domestik.
Lawatan di Srinagar :
- •Melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Kedua-dua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.
- Nishat Bagh: Sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake. Dibina pada tahun 1633 oleh Maharaja Shah Jahan dengan pemandangan indah menghadap tasik dan Zabarwan Mountains. Setiap teres dibina dengan senibina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja Mughal. Teres ke-2 merupakan teres yang paling cantik dan menjadi tumpuan pelancong.
- Shalimar Bagh: Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”. Banyak pokok dan bunga yang jarang ditemui terdapat di sini dan musim terbaik untuk ke sini adalah ketika musim bunga dan luruh di mana pelancong dapat melihat pokok-pokok Chinar bertukar warna daunnya. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediaman yang dibina menggunakan batu marble sebagai rumah tamu bagi tetamu diraja.
- •Melihat cara pembuatan karpet Kashmir yang ditenun secara tradisional di Carpet Weaving Factory.
Hari 3
Srinagar - Sonamarg
- Melawat kawasan pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road yangmenyambungkan antara Kashmir dan Tibet.
- Dengan ketinggian 2730 m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake.
- Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim panas.
Hari 4
Srinagar - Gulmarg
- Menikmati keindahan panorama yang menakjubkan di pergunungan Gulmarg yang turut dikenali sebagai Meadow of Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950 m.
- Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya dan juga sekitar kawasan ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang tumbuh meliar ketika musim bunga dan musim panas. Selain itu, Gulmarg terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan musim sejuk.
- Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Igloo Cafe yang terbesar di dunia, Maharani Temple yang dibina pada awal kurun ke-19 dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18.
Hari 5
Srinagar - Delhi - Agra
- Merasai pengalaman unik Shikara Ride menaiki sampan dari houseboat penginapan dan menyusuri sepanjang Dal Lake yang cukup luas dan mengambil foto pelbagai jenis houseboats yang unik yang terdapat di tasik ini, sambil berhenti sebentar di taman dan kebun sayur terapung.
Bermalam di Agra.
Hari 6
Agra - Delhi
Lawatan di Agra:
- Taj Mahal: Merupakan sebuah binaan yang dianggap sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh kawasan kompleks ini dibina dengan simetri yang tepat. Kompleks ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada 1631 sebagai makam buat isterinya Mumtaz Mahal. Keseluruhan kompleks ini dibina menggunakan batu marmar putih dengan 4 buah menara dan kubah bangunan utama mencapai ketinggian 73m. Tetamu pastinya akan teruja dengan keindahan monumen ini dan keseluruhan kompleks ini saat melangkah masuk pintu gerbang utamanya.
- Agra Fort: Sebuah kota pertahanan yang dibina pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi. Kota ini merupakan salah satu dari seni bina Islam yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan sebanyak lebih 500 bangunan terdapat di dalam kota ini. Tembok kotanya sahaja sudah setinggi 70 kaki. Antara monumen penting di dalam kota ini ialah kolam mandi Jahangir’s Hauz yang setinggi 5 kaki, pintu Ghaznin Gate yang dibuat pada tahun 1030, Shish Mahal yang indah dengan ukiran mosaic kaca dan juga Musamman Burj yang merupakan sebuah ruang istirehat air pancut terletak di tingkat atas kegunaan Mumtaz Mahal.
Hari 7
Delhi - Kuala Lumpur
Lawatan di Delhi:
- India Gate: Tugu peringatan yang dibina seakan pintu gerbang bagi 84,000 tentera India yang terkorban sepanjang Perang Dunia Pertama.
- Raj Ghat: Memorial yang dibina bagi memperingati bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri Pertama India.
- Bersolat di Jama Masjid yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1650 merupakan masjid yang terbesar di India dan menjadi simbol kekuasaan empayar Islam di India pada zaman Mughal.
- Qutub Minar: Menara yang dibina di atas runtuhan kota Lal Kot pada 1199 setinggi 72.5m dan merupakan sebahagian dari kompleks masjid Quwwatul Islam.
- Lawatan panorama bas melepasi Red Fort yang dibina pada 1639 oleh Shah Jahan sebagai kota pemerintahan Empayar Mughal, President’s Palace, Parliament House, Birla Temple dan Lotus Temple.
Hari 8
Kuala Lumpur
Tiba di KLIA/KLIA2
Inquiry - Kashmir Taj Mahal